KUCHING: Sarawak sedang menunggu kelulusan lesen daripada Kementerian Pengangkutan Malaysia bagi membolehkan syarikat penerbangan komersil milik penuh kerajaan negeri itu beroperasi dalam tempoh tiga bulan lagi.
Mendedahkan perkara itu, Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata penerbangan berskala kecil itu akan dikendalikan oleh syarikat Hornbill Skyways sebagai salah satu hab penerbangan baharu.
Secara tidak langsung kata Abang Johari, rancangan Sarawak untuk mewujudkan syarikat penerbangan sendiri hampir direalisasikan.
“Kita telah buat kajian dan nampaknya kajian itu membolehkan (kita untuk menubuhkan syarikat penerbangan) cuma sekarang kita hanya menunggu keputusan Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) untuk mendapatkan lesen.
“Kita akan mengembangkan syarikat Hornbill Skyways sebagai salah satu hab komersial di bawah sayap syarikat berkenaan. Ia hanya sebuah syarikat penerbangan kecil yang akan digunakan untuk membawa masuk pelancong ke Sarawak, setakat ini operasi hampir dimuktamadkan, cuma kita sedang tunggu lesen,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas melancarkan Program Sarawakku Sayang di Esplanade Telaga Air di sini pada Ahad.
Pada Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN12), Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) itu berkata kerajaan negeri mempunyai perancangan untuk menubuhkan syarikat penerbangan butik tersendiri di bawah Hornbill Skyways.
Kemudahan itu katanya akan membantu meningkatkan jaringan perhubungan udara yang strategik seperti Kuala Lumpur, Singapura, Bangkok dan Hong Kong.
Sebelum ini perkara tersebut telah dibincangkan bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Shafik Ahmad
Sun Nov 13 2022
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata penerbangan berskala kecil itu akan dikendalikan oleh syarikat Hornbill Skyways sebagai salah satu hab penerbangan baharu.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 21 Mei 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Malaysia, Thailand buat perhitungan di final double, regu
Skuad negara berjaya mencapai sasaran layak ke final acara regu dan double divisyen premier kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2024.
10 Berita Pilihan - (21 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Penyasaran subsidi: Satu langkah berani diambil kerajaan - Prof Jomo
Prof Jomo juga melihat pendekatan tidak melaksanakan penyasaran subsidi secara mengejut atau sekali gus itu suatu yang penting.
Buletin AWANI Khas: Perutusan Negara oleh Perdana Menteri
Ikuti secara langsung diskusi sempena Perutusan Negara Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Buletin AWANI Khas, bersama Penasihat Penyelidikan, Khazanah Research Institute, Prof. Dr Jomo Kwame Sundaram.
Lelaki Britain, 73 tahun individu yang maut dalam insiden gelora udara pesawat SIA
Insiden melibatkan pesawat dengan nombor pendaftaran SQ321 itu turut mengakibatkan tujuh penumpang lain berada dalam status kritikal akibat kecederaan yang dialami.
AWANI Ringkas: Perketat kawalan premis kerajaan, tumpuan awam
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penyasaran subsidi tidak harus bebankan rakyat terbanyak - PM
Kerajaan tidak mampu memberi subsidi kepada golongan mahakaya dan warga asing kerana hasil usaha penyasaran subsidi diesel, jumlah penjimatan dijangka (secara kasar) sekitar RM4 bilion setahun.
Kerajaan setuju laksana penyasaran subsidi ke atas bahan api - PM
Penyasaran subsidi akan mula dilaksanakan ke atas bahan api
diesel dan sebagai permulaan, penyasaran subsidi diesel hanya akan melibatkan pengguna di Semenanjung Malaysia.
diesel dan sebagai permulaan, penyasaran subsidi diesel hanya akan melibatkan pengguna di Semenanjung Malaysia.
Tidak pernah benarkan bida harga, MOT arah APAD semak aplikasi perkhidmatan e-hailing
Kementerian Pengangkutan tidak pernah membenarkan mana-mana penyedia aplikasi perkhidmatan pengangkutan e-hailing menggunakan sistem bidaan harga.
Akademi JPJ bakal dibina di Sabah, Sarawak - Loke
Kementerian Pengangkutan bercadang menubuhkan akademi Jabatan Pengangkutan Jalan (JLJ) di Sabah dan Sarawak sebagai perancangan jangka panjang.
E-Mutiara mohon pertambahan bas MRD di Kelantan
Syarikat bas E-Mutiara Berhad (E-Mutiara) memohon Kementerian Pengangkutan untuk menambah bilangan bas mini Mutiara Rentas Desa (MRD) yang kini menjadi pengangkutan awam pilihan rakyat Kelantan.
Kemajuan pembinaan ECRL di empat negeri cecah purata 65 peratus - Loke
Kemajuan pelaksanaan projek ECRL yang merangkumi Kelantan, Terengganu, Pahang, dan Selangor telah mencapai purata 65 peratus setakat April.
Perkhidmatan komuter percuma sempena Program MADANI Rakyat Zon Utara
Langkah itu bagi memudahkan pengunjung di utara tanah air untuk datang memeriahkan program yang berlangsung tiga hari bermula Jumaat itu.
MOT cadang perkenal perkhidmatan komuter sokong RTS Link
Kementerian Pengangkutan bercadang memperkenalkan perkhidmatan komuter bagi menyokong projek RTS Link yang akan beroperasi sepenuhnya pada 1 Jan 2027.
Kementerian Pengangkutan yakin ECRL siap Disember 2026, mula operasi Januari 2027 - Loke
Kementerian Pengangkutan yakin Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) akan dapat disiapkan mengikut jadual pada Disember 2026 dan beroperasi bermula Januari 2027.
Perincian cukai jalan EV di peringkat akhir - Loke
Kementerian Pengangkutan kini di peringkat akhir perincian bagi kadar cukai jalan atau lesen kenderaan motor (LKM) untuk kenderaan elektrik (EV) dan ia dijangka diumumkan bulan depan.
Proses pendigitalan kendali penumpang MAHB dijangka siap menjelang 2025 - MOT
Inisiatif yang dijangka dilaksanakan sepenuhnya pada 2025 itu turut meliputi pemasangan kios layan diri dan perkhidmatan bagasi layan diri secara berperingkat.
Isu sambung ECRL hingga Rantau Panjang telah dibincang dalam MTEN - Loke
Isu penyambungan jajaran Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) hingga ke Rantau Panjang telah dibincangkan oleh kerajaan dalam mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) baru-baru ini.